Sunday, May 2, 2010

Memaafkanmu bukan pilihanku


Fantasi menerjah reality..fikiran di alam khayalan..tanganku mula mencari pepapan kekunci…cuba meluahkan rasa yang berbeku dihati…

Andai rasa pahit itu penawar, andai luka itu hadiah, dan andai kenangan itu kegembiraan..akan ku biarkan ia berlalu dalam kesamaran cebisan waktu hidupku…

Memaafkanmu, bukan pilihanku..tapi kewajipanku, mungkin..dimindaku, moga rasa itu cepat berlalu.. bagiku, bebanan itu terlalu berat… dan aku makin penat.. Fikiranku makin sarat dengan rasa yang tidak menentu.. ketenangan hilang, mungkin dikabusi dengan perasaan yang tidak perlu untuk aku endahkan…

Cuma, kemaafan dariku tak bererti aku sudah melupakan…iye, kemenangan itu milikmu



( muke sembab..mata bengkak...senyum plastik/palsu...^^)

2 comments:

zOuL_iMMe said...

sedihnye..isk..

shaNAf said...

cdey kn??
huhu...

Related Posts with Thumbnails