Tuesday, December 16, 2014

HATI DAN JASAD BERKATA

Sekejap..
Saya cuma nak ambil sedikit je dari masa awak. Nak awak dengar sikit je apa yang saya nak cakap. Saya tak kejam, cuma awak yang menzalimi diri awak sendiri. Awak tahu tak, bila awak diselubungi rasa sedih, saya jadi resah. Saya tak dapat nak jalani hidup saya dengan baik. Betul, saya tak tipu.

Cuba awak fikir, awak masih ada saya. Saya masih ok, tetapi awak?Cuba awak tenang. Jangan kerana sedikit dugaan, awak nak musnahkan hidup awak keseluruhannya. Awak tahu tak, apa yang awak hadapi, saya juga turut merasainya. Saya pun tak boleh nak kawal perlakuan saya, perasaan saya sendiri sebab semuanya datang dari awak.

Awak, belajar terima hakikat ok? Awak akan ok. Saya tahu. Sebab itulah saya selalu bersama awak.

AWAK: HATI
SAYA: JASAD
Related Posts with Thumbnails