Wednesday, August 19, 2015

KESUDAHAN CERITAKU?

Suatu ketika dulu aku berangan indah.Menyusun cerita duka hidupku yang berakhir akan kebahagiaan.  Lalu hari2 mendatang aku jalani dengan penuh harapan. Impian kesudahan anganku menyengah realitiku. Namun, Aku semakin hampa. Masih perlukah aku bermimpi?
Yang nyata begitu jelas. Cerita baru yang takpernah aku anyamkan dan sulam itulah yang aku lalui. Bertahun-tahun. Terpatri kenangan, meninggalkan sejarah baru.
Bodohkah aku kerana masih disini? Berperang dengan seribu masalah. Masih mencari jawapan akan setiap persoalan. Perlukah aku mengakhiri cerita baru yang semakin basi ditelan masa, atau menyambung kembali kisah duka yang berkhir dengan kebahagiaan itu?




0 comments:

Related Posts with Thumbnails